Saturday, February 6, 2010

HIKMAH DI SEBALIK KEJADIAN ITU...

wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki, dekat dihati untuk disayangi dan dekat di tangan untuk dilindungi dan bukan di kaki untuk di pijak dan juga bukan di kepala untuk disanjungi....

maka jelas dari setiap patah ayat diatas ini wanita adalah insan yang diciptakan dengan sifat yang memerlukan perhatian dan bimbingan..bukan untuk disakiti hatinya dan di siksa fizikal nya dan bukan juga di hukum batin nya yang lemah...

namun jangan kita alpa dengan kelembutan wanita, ini terbukti apabila SUMAIYYAH seorang wanita yang sanggup shahid kerana agama nya..jangan juga lupa kepada KHADIJAH seorang isteri yang sanggup menggadaikan segala kemewahan yang dimiliki hanya kerana ingin menegakkan agama yang di bawa oleh si suami...jangan juga kita lupa pada tokoh2 wanita y lain kerana mereka juga bisa menggegarkan dunia...

namun apa yang berlaku kini adalah wanita telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak yang berkeuntungan..wanita yang merasakan mereka bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa perlu dikongkong oleh agama dan sesorang tanpa mereka sedar mereka sebenarnya telah dijadikan bahan atau lebih tepat lagi adalah sebagai pelaris jualan..dunia semakin canggih..zaman post-modern ini memerlukan persaingan yang hebat dan memerlukan manusia melakukan apa sahaja untuk mengaut keuntungan malah ada yang sanggup memperdagangkan tubuh wanita untuk melariskan produk...

ini sebenarnya yang berlaku..wanita kini memenuhi setiap genap bidang hiburan,bidang kecantikan dan bidang periklanan..alasan yang digunakan adalah memberi ruang bagi wanita melakukan perkejaan mengikut fitrah mereka namun ini adalah diluar fitrah seorang wanita..wanita adalah berfitrah lemah-lembut, pemalu dan seorang insan yang amat sensitif dengan perkara yang bisa menjatuhkan maruahnya sndri..disini ingin bertanya adakah fitrah bagi wanita itu mendedahkan sebahagian atau seluruh tubuhnya hanya untuk sesuatu yang dinamakan pekerjaan?? adakah wajar wanita mendedah segala yang sepatutnya dilindungi hanya untuk menjual minyak wangi, beg tangan , kereta dan pelbagai produk lagi?? adakah ini namanya kebebasan bagi wanita?

bagi pendapat saya ini adalah satu penindasan bagi kaum wanita...mereka dikatakan tidak sesuai dengan kerja yang terpaksa berpanas terik, kerja2 berat dengan alasan wanita itu bersifat lembut tetapi wanita disuruh melakukan kerja2 yang memerlukan mereka menggadai tubuh sebagai pengorbanan..disini lebih baik wanita itu melakukan kerja yang dianggap susah dan berat asalkan kehormatan mereta sebagai wanita yang diangkat oleh islam dijaga daripada kerja yang dilihat seperti melindungi eanita tapi sebenarnya meletakkan wanita di kasta terendah..

saya bukanlah bersifat prejudis terhadap sesetengah pihak namun apa yang dilihat oleh kaca mata ini amat memedihkan..buka sahaja television pasti ada "this kind of woman" buka internet mesti ada "this kind of woman" buka surat khabar pon mesti ada "this kind of woman" malah poster2 pon kadang menggunakan mereka sebagai lambang sesuatu...tu belom lagi bila kita buka "game2" yang ader on-line..macam2 type of woman yang diorang create dengan pelbagai versi yang menghairahkan...macam mana nak kurangkan gejala rogol kalau benda2 ni trus ditayangkan..sapa nak bertanggung jawab?? ops jangan nak tuduh sesiapa..je fikir adakah ia salah kita sebelum kita sebut nama orang lain??

p/s: kita minta tuhan bagi kita bunga dan rama-rama, namun dia bagi kaktus dan beluncas..kita merintih hiba dan katakan tuhan x sayangkan kita dan bagi sesuatu yang menyusahkan, namun tanpa kita sedar kaktus mengeluarkan bunya yang sangat cantik dan beluncas bertukar menjadi rama-rama yang berwarna warni..oleh itu adakah tuhan kejam terhadap kita?? jom kita pikir2kan...