Sunday, November 8, 2009
THINK..SHOUT..CRY OR LAUGH
banyak cerita..banyak luahan..banyak kisah dan banyak jugalah kekecewaan tetapi banyak jugalah keceriaan..cerita demi cerita terlakar dalam kehidupan manusia....pelbagai kisah terakam sebagai epik yang agung dalam episod kehidupan..begitu jugalah ragam manusia yang sering berulang yang menjadikan ia semakin menarik..kehipan adalah sebuah kisah yang tidak pernah wujud istilah bosan...
kisah sayang..kebencian..kesedihan..kegembiraan menjadi sebahagian daripada hidup kita..istilah aku..kau..dia..mereka..atau sesiapa saja adalah satu istilah yang kekal didalam kamus kehidupan kerana manusia tidak mampu meneruskan episod hidupnya tanpa ia...
setiap yang datang pasti pergi..setiap yang awal akan ader pengakhirannya..yang ketawa bermula dengan tangisan..dan seterusnya...ketika kita menangis ader yang sedang ketawa dan mereka menangis kita pula yang sedang ketawa...yang ketawa tidak akan ketawa selamanya....menangislah kamu jika ia mampu membasuh luka yang tercorek dalam hidupmu...ketawalah kamu jika ia mampu membuang segala tangismu...
senyumlah bila pagi menjelma..usahlah engkau menghilangkan seri pagi dengan kedukaan..biarlah gelap malam membawa segala dukamu pergi...biarkan sang suria mengukir senyum diwajah mu...biarkan rembulan mengambil sendumu...ucapkan salam rindu pada sang angin..sapalah sang pelangi yang melihatmu dengan kemesraan..hidupmu adalah sesuatu keajaiban yang sangat agung..oleh itu nikmatilah ia dengan erti sebenarnya sebelum ia pergi....
SALAM PERJUANGAN..BUAT SAHABAT2ku YANG SEDANG BERSEDIH...INGATLAH DAKU SENTIASA INGIN DISISIMU SELALU...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment