Sunday, January 31, 2010

welcome new world...

cakap pasal dunia baru ni,`setiap hari setiap orang di setiap tempat pada setiap peringkat umur akan merasakannya..pandangan saya tentang dunia baru ini adalah pada kaca mata seorang penuntut..dunia baru disini bukanlah "the new world order" tapi lebih kepada pengalaman yang berlaku pada setiap org..dunia akan berubah pada setiap masa mengikut peredaran waktu..usia seseorang juga akan meningkat mengikut disiplin yang telah ditentukan oleh tuhan maha pencipta..

4 hari lepas telah berlangsung pilihanraya kampus di kampus induk UKM,Bangi..kat sini pada mulanyer saya ingat hanya pilihanraya yang melibatkan para pelajar yang berpandangan intelektual dan mampu membuat satu penilaian yang rasional.namun pandangan saya meleset apabila berlaku kekecohan yang agak mengejutkan saya..pada pandangan peribadi saya, saya kurang percaya akan apa y berlaku namun ia telah menjadi realiti..suasana pada waktu undian berlaku amat tenang bahkan beberapa orang kenalan saya juga merupakan wakil2 pelajar yang rela meletakkan diri sebagai perwakilan demi untuk menegakkan suara dan kebajikan mahasiswa(tahniah kepada anda semua)..

namun ketenangan yang dijangka berpanjangan terhenti pada sebelah malamnya hanya kerana pengumuman yang kurang dirasakan adil bagi sesetengah pihak dan dirasakan menguntung sesetengah pihak..berlaku beberapa insiden yang memaksa FRU"force rescue unit"(x silap la) juga masuk campur..akhirnya beberapa warga pelajar yang sepatutnya tidak ada hak bagi sesiapa menyentuhnya terpaksa ditangkap atas kesalahan yang saya rasa adalah salah paham semata yang dapat diselesaikan melalui meja rundingan..anda semua palajar yang bakal memegang ijazah ditangan, tentu anda tahu bahawa kejayaan akan dapat jika kita bersabar dan bijak merancang strategi agar tidak melakukan kekerasan namun menggunakan cara y paling bijak dan adil bagi semua pihak(malaysia juga merdeka dengan rundingan)..

saya hanya menulis apa y saya dengar dan terlihat didalam surat khabar dan apa y telah di nyatakan didalam saluran berita awani di Astro Awani..sebenarnya bukan itu y patut diketengahkan dan dihebohkan namun apa y penting semua pihak berkerjasama agar setiap perkara dapat dilakukan dengan adil dan telus agaf tidak berlaku perkara y tidak diingini...tiada jalan buntu bagi sesiapa yang memikirkan kebaikan ummah kerana bersamanya ada pencipta agung yang akan membantu pada setiap kekusutan..


p/s => maaf jika ader y kurang senang pada kenyataan saya, saya bukan berniat back up mana2 pihak or meletakkan perasaan fanatik pada sebelah pihak sahaja dan menghukum kejam pada pihak satunya..kita sebagai pihak yang melihat hendaklah menilai seadil2nya kepada setiap sesuatu..mungkin saya juga bersifat berat sebelah..maafkan saya...GOMENA...;)

No comments: