Tuesday, March 23, 2010

hari yang menyedihkan..



bila tengok air ni segar rasanye..tapi yang nak diceritakan kat sini bukan lah kisah air terjun atau kisah air yang melimpah tapi kisah aku dan kisah aku dengan keadaan air yang kering kontang...
dengan semangatnyer aku bangun nak g kelas ari ni..aku pon bangun cam biasa n trus menuju ke bilik air tuk mandi..tiba di tangga membe aku panggil aku n kata "naik balik la...air x der!!"..aku tergamam jap..pastu aku trun jugak ke bilik air dan SAH!! memang air x der langsung...aduyaii...tenson aku..mana dengan kelas lagi..nasib baik x der presentation arini, klu x aku pon x tau aper yang nak jadi...nak dipanjangkan cerita lagi, aku tunggu air tu sampai la ke pukul 11 dan air tetap x muncul3x...tension tu jangan citer la kan...segala sumpah seranah yang ader dlm kepala terbayang3x jer kat mata aku ni..geramnyer lagi aku terpaksa melepaskan attendant aku ari ni semata2x sebab air x der..yela kan..x kan nak g kelas dengan keadaan x mandi..kang lain plak baunyer..hehehhe...

sayang memang sayang la klas ari ni..pasni kul 2 lak ader klas mana dgn nak jmpa org lagi ari ni nak xplain pasal benda y x settle2x ni..aduhai nasib badan..assigment still berlambak tapi x der idea nak menulis..otak aku ni blank je rasenyer..nak balik umah pon ader..dok umah senang...skang ni aku berada di zon tak selesa so tension jer rasanyer..nak buat ape yek.....air oh air cpat la ko ader balik.sapa yang guna air banyak3x ni...salam

Saturday, March 6, 2010

stop n berfikir sejenak..




hidup umpama sebuah botol yang kosong pada permulaannya namun ia mula terisi dengan pelbagai isian apabila kita mula mengenal erti kehidupan. selangkah demi selangkah kita dengan berani cuba kehadapan walaupun kita sendiri tidak pasti dengan takdir yang bakal dihadapi. dalam kita ghairah mengorak arah kehidupan kadangkala kita terlupa dengan masa silam yang telah meletakkan kita ditahap kini. dan kadangkala kita cuba melupakan segala sejarah silam hanya kerana kita malu dengan asal usul kita yang mungkin tidak sama dengan mereka. untuk seketika jika kita mencari jalan kepada kemajuan kita akan menjumpai jalan kegagalan dan jika mencari jalan keluar kita hanya menjumpa jalan buntu. namun kita sebagai ciptaan teragung akan gagah menhadapi ranjau untuk trus mendaki puncak yang tiada akhirnya. kadang terpikir bahawa manusia adalah makhluk yang terus mencari dan mencari dalam kehidupan dan kadang kala mereka sendiri buntu dengan apa yang dicari atau mereka cuba mencari kesenangan melebihi kesenangan yang ada lantas menjadi makhluk yang paling hina dan dasyat.

Dan ketika cinta hadir dalam diri manusia, barulah mereka sedar bahawa dunia adalah tempat untuk mereka mencari kebahagian yang hanya cukup untuk mereka tersenyum setiap hari dan bukanlah kebahagian yang tidak pasti. sudah lumrah hidup manusia, yang hakiki akan dicalit dengan debu hingga seninya tidak terpancar lagi.. cinta telah disalah ertikan dengan hubungan kebahagian yang sementara dan berakhir dengan duka. setiap yang bercinta akan terasa air mata setiap yang bercinta akan berakhir dengan perpisahan..adakah ini cinta yang kita cari?
sejarah manusia telah meletakkan bahawa cinta adalah hubungan yang mengikat manusia agar sehidup semati. seperti yang terakam terhadap ROMEO & JULIET seperti LAILA & MAJNUN seperti CHUN YANG & MONG RYONG seperti SHAH JEHAN & MUMTAZ dan cinta agung MUHAMMAD terhadap KHADIJAH..semua ini menjadi bukti bahawa lagenda manusia bermula dan berakhir dengan cinta yang hakiki. THE END...