Saturday, March 6, 2010

stop n berfikir sejenak..




hidup umpama sebuah botol yang kosong pada permulaannya namun ia mula terisi dengan pelbagai isian apabila kita mula mengenal erti kehidupan. selangkah demi selangkah kita dengan berani cuba kehadapan walaupun kita sendiri tidak pasti dengan takdir yang bakal dihadapi. dalam kita ghairah mengorak arah kehidupan kadangkala kita terlupa dengan masa silam yang telah meletakkan kita ditahap kini. dan kadangkala kita cuba melupakan segala sejarah silam hanya kerana kita malu dengan asal usul kita yang mungkin tidak sama dengan mereka. untuk seketika jika kita mencari jalan kepada kemajuan kita akan menjumpai jalan kegagalan dan jika mencari jalan keluar kita hanya menjumpa jalan buntu. namun kita sebagai ciptaan teragung akan gagah menhadapi ranjau untuk trus mendaki puncak yang tiada akhirnya. kadang terpikir bahawa manusia adalah makhluk yang terus mencari dan mencari dalam kehidupan dan kadang kala mereka sendiri buntu dengan apa yang dicari atau mereka cuba mencari kesenangan melebihi kesenangan yang ada lantas menjadi makhluk yang paling hina dan dasyat.

Dan ketika cinta hadir dalam diri manusia, barulah mereka sedar bahawa dunia adalah tempat untuk mereka mencari kebahagian yang hanya cukup untuk mereka tersenyum setiap hari dan bukanlah kebahagian yang tidak pasti. sudah lumrah hidup manusia, yang hakiki akan dicalit dengan debu hingga seninya tidak terpancar lagi.. cinta telah disalah ertikan dengan hubungan kebahagian yang sementara dan berakhir dengan duka. setiap yang bercinta akan terasa air mata setiap yang bercinta akan berakhir dengan perpisahan..adakah ini cinta yang kita cari?
sejarah manusia telah meletakkan bahawa cinta adalah hubungan yang mengikat manusia agar sehidup semati. seperti yang terakam terhadap ROMEO & JULIET seperti LAILA & MAJNUN seperti CHUN YANG & MONG RYONG seperti SHAH JEHAN & MUMTAZ dan cinta agung MUHAMMAD terhadap KHADIJAH..semua ini menjadi bukti bahawa lagenda manusia bermula dan berakhir dengan cinta yang hakiki. THE END...

No comments: