Wednesday, October 13, 2010

musim exam menjelma

wah sedar x sedar sekejap lagi kita nak exam dah...ni kira exam second last la bagi student tahun akhir di 'U'...wah pas ni nak keje dah...

bila musim exam ni mulalah nak cari nota2 la, soalan2 lepas la n macam2 lagi la...jangan nak kata org lain,,aku pon sama..hehhehhe
bukan apa..aku ni style malas nak wat nota,,so nota y aku salin dr kelas tue la nota exam aku tp klu nak nota y lengkap aku mesti mintak kat member2 y sayang kat aku(perasan sikit)hehhehhhe....

se ni aku kena siapkan thesis..huhuhuhu...cam ne la nak wat..jenuh berkampung kat PTSL la AKU.....bila pk2 kan..musim exam ni dah macam musim world cup dah...bila world cup semua org jaga malam n sepesen muka bila pagi(muka x cukup tidur) sebab nak tengok bola...sama jer ngan exam..org berjaga sebab nak study last minit...konon baru datang feel....tapi tue la hakikat student...bukan zaman 2010 ni jer tapi dari zaman datuk nenek kita dulu dah gini...x caya?? jer try g tanya atuk or nenek korang y berkelulusan havard or oxford tue...sama jer kawapan diorg...hehhehhe

skang ni dengan teknologi canggih...asal x paham kita bley GooGle jer...x paham lagi bley plak FeCeBooK ngan lecturer..fuh canggih sungguh...pandek kata teknologi skang cam nak kasi sume student score A je la...tapi hakikatnyer lain y jadi...hehhhe(paham2 je la pe y jadi)...tapi bukan sume y melencong..ader gak y score A tipa2 sem..4 flat gtue kan...

so..aku pon harap aku pon dapat score se"higher" yang mungkin tuk sem ni... aku ni dah letih ngan gred cukup2 makan ni...entah bley grad ke x entah la....takut lak aku tulis gni...ok la..wa chowww dulu..pape hal kita citer lain erk....

p/s: study la kita erk...rasa malas nak study sorang,,kumpul geng n kita kasi pecah PTSL or mana2 library...y penting study....salam................

Saturday, October 9, 2010

sekali lagi kita ditinggalkan

sedar x sedar hari ini syawal telah meninggalkan kita...terpaksalah kita menempuhi setahun lagi untuk bertemu dengan ramadhan dan syawal...

jiwa terasa sayu bila mana ramadhan meninggalkan kita kini pilu apabila syawal juga turut menyusul pergi...adakah masih sempat kita bertemu ramadhan dan syawal yang akan datang...masa ibarat roda..dengan seketika sahaja ia mampu merobah yang sedia kala menjadi sesuatu yang x terduga...Allah masa berkuasa,, dengan kehendaknya maka kita sebagai hamba tidak akan terlepas dari perintah...oleh itu wahai sahabat sekalian peringatan ini untuk saya dan semua agar kita memperelokkan amalan...

aidil adha bakal menjelma...cukupkan pengorbanan kita selama ini untuk di raikan?? apakah pengorbanan kita selama ini layak dianggap sebagai pengorbanan atau hanya perbuatan yang sia-sia yang sengaja dilakukan demi mendapat belas simpati manusia...

oleh itu sebagai teman..insan yang hanya mampu mencoret isi hati...marilah bersama kita merenung masa depan kita sebagai umat manusia..sekaligus sebagai pewaris ISLAM, masa depan BANGSA..ayuhlah kita bangun dari tidur dan terus maju kehadapan melontar semangat serta keazaman yang jitu demi kita dan mereka!!!!

p/s: salam sayang buat teman, sahabat , rakan seperjuangan...happy study hour for our final exam...jangan sedih walaupun kita kehilangan study week tp kita masih mampu menghadapainyer!!!!!1

Sunday, October 3, 2010

kesan tiada connection internet...

salam..selagi belom berakhir syawal, selagi itulah kita masih boleh mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA"..sebelom dipanjangkan kata, ingin saya mengucapkan kata kemaafan kerana sedah lama saya tidak berkunjung ke ruangan blog ni...huhuhuhu

sejak wireless di UKM ni bermasalah dengan perisian window vista, saya juga turut bermasalah..almaklumlah saya selah seorang pengguna vista...so memang lost trus la dari dunia maya hampir 2 bulan...nak tau apa yang telah terjadi sepanjang dua bulan saya lost dari dunia maya ni....

1)inbox email yang x dibaca mencecah angka 6456 mail..
2)saya kehilangan 20% markah untuk subjek falsafah moden yang mengkhendaki saya aktif di dalam FB...
3)ketinggalan pelbagai cerita,gosip dan berita tentang teman2 lama dan baru..
4)banyak assigment susah nak disiapkan sebab banyak bahan dr internet..
5)hampir2 nak jadi kera sumbang dalam bilik sorang2...(ni y paling dasyat)

tue la antara kesan seorang pelajar, remaja yang hidup tanpa internet...semua lost...mungkin ada yang akan mengatakan bahawa remaja zaman dahulu atau remaja kampung yang boleh hidup dan masih boleh bersosial tanpa internet, mengapa pula saya bising2 tentang hal sebegini....

kita tidak melihat persamaan antara kami tapi melihat keperluan sezaman antara kami...mungkin situasi remaja dahulu berbeza dr remaja kini yang serba pantas menyebabkan internet menjadi sesuatu yang penting selain handphone..jika dahulu handphone menjadi phenomena, namun kini komputer dan internet menjadi salah satu makanan ruji bagi pelajar,pekerja atau pon sesiapa saja yang hidup didalam arus moden kini...
zaman berubah,manusia juga boleh berubah..asalkan perubahan yang berlaku boleh membawa kepada keamanan dan keharmonian..

oleh itu saya sangat berterima kasih kepada orang yang baiki laptop saya dan sekaligus menyebabkan saya mampu kembali ke dunia maya ini..hehehheh...habis gak la dalam RM100 baru ok laptop ni...

skang ni saya kena force diri ini untuk siapkan assigment yang berlambak ni...buku kat depan ni yang bertajuk "PRACTICAL PHILOSOPHY OF MUHAMMADAN PEOPLE BY Jalaluddin Ad-Dawani edited and translated by W.F THOMPSON"...berbinau gak la nak abehkan buku yang berhalaman 457pages...huhuhuhuhu

pastu nak wat thesis lak..."senario hamil luar nikah menurut persprktif islam: kajian kes di pusat perlindungan wanita nurul ehsan"...berpeluh den ngan keje2 ni sume...wish me luck ya!!!