Sunday, October 3, 2010

kesan tiada connection internet...

salam..selagi belom berakhir syawal, selagi itulah kita masih boleh mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA"..sebelom dipanjangkan kata, ingin saya mengucapkan kata kemaafan kerana sedah lama saya tidak berkunjung ke ruangan blog ni...huhuhuhu

sejak wireless di UKM ni bermasalah dengan perisian window vista, saya juga turut bermasalah..almaklumlah saya selah seorang pengguna vista...so memang lost trus la dari dunia maya hampir 2 bulan...nak tau apa yang telah terjadi sepanjang dua bulan saya lost dari dunia maya ni....

1)inbox email yang x dibaca mencecah angka 6456 mail..
2)saya kehilangan 20% markah untuk subjek falsafah moden yang mengkhendaki saya aktif di dalam FB...
3)ketinggalan pelbagai cerita,gosip dan berita tentang teman2 lama dan baru..
4)banyak assigment susah nak disiapkan sebab banyak bahan dr internet..
5)hampir2 nak jadi kera sumbang dalam bilik sorang2...(ni y paling dasyat)

tue la antara kesan seorang pelajar, remaja yang hidup tanpa internet...semua lost...mungkin ada yang akan mengatakan bahawa remaja zaman dahulu atau remaja kampung yang boleh hidup dan masih boleh bersosial tanpa internet, mengapa pula saya bising2 tentang hal sebegini....

kita tidak melihat persamaan antara kami tapi melihat keperluan sezaman antara kami...mungkin situasi remaja dahulu berbeza dr remaja kini yang serba pantas menyebabkan internet menjadi sesuatu yang penting selain handphone..jika dahulu handphone menjadi phenomena, namun kini komputer dan internet menjadi salah satu makanan ruji bagi pelajar,pekerja atau pon sesiapa saja yang hidup didalam arus moden kini...
zaman berubah,manusia juga boleh berubah..asalkan perubahan yang berlaku boleh membawa kepada keamanan dan keharmonian..

oleh itu saya sangat berterima kasih kepada orang yang baiki laptop saya dan sekaligus menyebabkan saya mampu kembali ke dunia maya ini..hehehheh...habis gak la dalam RM100 baru ok laptop ni...

skang ni saya kena force diri ini untuk siapkan assigment yang berlambak ni...buku kat depan ni yang bertajuk "PRACTICAL PHILOSOPHY OF MUHAMMADAN PEOPLE BY Jalaluddin Ad-Dawani edited and translated by W.F THOMPSON"...berbinau gak la nak abehkan buku yang berhalaman 457pages...huhuhuhuhu

pastu nak wat thesis lak..."senario hamil luar nikah menurut persprktif islam: kajian kes di pusat perlindungan wanita nurul ehsan"...berpeluh den ngan keje2 ni sume...wish me luck ya!!!

No comments: