Thursday, September 17, 2009
Wednesday, September 16, 2009
raya!!
wah malam ni dah masuk malam 27 ramadhan dan ini bermakna lebih kurang 3 hari lagi RAYA!!..amboi best sebut pasal raya...tadi dalam kelas dalam best2 sebut raya tetiba ustaz tegur dan kata"patutnya kita bersedih apabila raya dekat kerana ramadhan sekali lagi akan tinggalkan kita dan belum tentu kita akan menemuinya tahun hadapan" tetiba jer aku rasa semacam jer..al-maklum lah tanda2 kiamat dah banyak...
tadi mak aku call..nak tau aper mesej yang die kata"lia balik bila? ha nanti nak balik tu jangan relaks sangat kang tertinggal bas!!" hahaha(mak dah paham sangat perangai anaknyer y terover relaks ni..tau2 dah terlewat)..actually malam ni aku baru sudah basuh baju yang menimbun n terasa relaks sekali pabila bajuku sudah riang diampaian...malam ni dah terasa sunyi coz kawan2 ramai dah berangkat pulang ke tempat asal masing2..kelantan,kedah,pahang,terengganu,selangor(dekat pon nak balik awal) dan termasuklah membe dr perak..huhuhu..aku jer y istiqomah mengikut jadual perangcangan UKM balik jumaat..malam esok aku nak main mercun..bermacam koleksi mercun y aku kumpul sepanjang ramadhan ni dr bazar ramadhan(hehehe)..semangat raya x kisah kat mana2..akak(nada) la master mind nyer...(jangan mare yek akak!!) siap nak tambah koleksi lagi esok kat bazar...jangan jelez bagi y balik awaiii....
malam ni aku sahur makan burger..(nyum2)....ok la.esok ader klass kul 9...nak kena sahur+iron baju+kemas buku+tido=semangat RAYA...
*pada kesempatan ini saya(Nurlia Shaari)ingin memohon beribu kemaafan kepada semua..diharap ramadhan dan syawal tahun ini akan membawa seribu keceriaan kepada kita..semoga Allah merahmati kita dan keluarga....ku hulur 10 jari tanda bermaafan sesama kita...
Sunday, September 13, 2009
wahabi vs intelektual..??
napa aku letak tajuk ni wahabi vs intelektual??? erm sebab aku terpikir gak yang mempelopori wahabi ni sebenarnya terdiri dari golongan intelektual dan golongan yang menolak wahabi ni pon golongan intelektual gak..(pulak) sedangkan sukatan pelajaran di Malaysia ni sama jer n klu diorang belajar agama walaupun di negara mana pon, bukan sukatan pengajian islan adalah seragam dan al-quran sendri tidak menghalang umat manusia dari terlibat dalam pemodenan..huhuhu(betulkan klu aku salah)..tu la ayah aku selalu pesan yang perkara yang nak dilakukan atau perkara yang diterima dalam hidup aku ni mesti sesuatu yang x menyalahi agama dan perkara tu ader state dalam quran..klu x sesat la aku (dah la ilmu kurang klu degil gak..entah la)
*entah la..aku ni pon x brani nak citer lebih takut salah fakta..so sahabat yang lebih arif pasal ni sila2 la tinggalkan komen sebagai ilmu tambahan kat aku yang ketandusan ilmu....salam
Wednesday, September 9, 2009
Tuesday, September 8, 2009
CINTA....ape yek????
Kata-kata cinta yang puitis dan indah sememangnya mampu memberikan impak kepada perhubungan yang terjalin. Walaupun ringkas, madah cinta selalunya mempunyai maksud yang mendalam apabila diperhalusi.
Jika suatu ketika dahulu kata-kata seperti HACKS (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) atau CINTA (Cinta Itu Nikmat Tapi Awas!) cukup popular di kalangan remaja yang bercinta, kini disenaraikan pula 15 madah cinta yang dikatakan paling hangat sepanjang tahun ini.
Jika anda tidak mempercayainya, apa kata kamu cuba tujukan madah-madah cinta ini kepada insan yang kamu sukai dan lihat respon yang diberikannya. Jika si dia tersenyum sambil menatap wajah anda, itu bermakna kamu berjaya menyentuh hatinya.
1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
2. Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.
3. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu.
4. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.
5. Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.
6. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.
7. Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.
8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
9. Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.
10. Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok.
11. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
12. Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.
13. Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.
14. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.
15. Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta.
sumber:Gua.com.my
Monday, September 7, 2009
ermm....ehem2x
Friday, September 4, 2009
perjalanan yang mencabar tapi best..
noli
lia
sue
emma
ieka
nadia