Sunday, August 30, 2009
kelas 5 Fiddhah..2005
azimah,ikhmal,imran,mustapa,zaidi,fairuz,kayah,nada,naim.(cukup 24org)..buat pengetahuan umum kelas ni terdiri dari MT sek(konon) cam talha,akmal,najwa,kayah(MP)shahir n naim,azimah(pustakaan)fairuz(pengawas)..hehehe..aku ni kira tumpang jaw diorang jer...kelas ni memang kecoh sebab penghuni die memang happening..aku ngan najah kuat bersembang (tp org salah paham kata ktrg mengumpat) yang talha ni bz memanjang...kapet(mustapa),zaidi,fairuz plak keje bergaduh memanjang..shahir,sayed ni pon rajin gak bersembang ngan ktrg..ermm..nada n naim ni kuat bergendang dlm kelas..naim ni kira penyanyi tuk ktrg n akak(nada) pemain muzik(ketuk meja)..farhana n jannah,kayah,hajar ni pendiam sikit tapi bab study mantap abeh..azizi n soleh yang aku ingat asyik tido jer..hehehhe(jangan mare da!!)fateh ni selalu ni citer macam2..ade jer citer die y suke buli org(entahla tp 2 y die slalu citer)..imran plak selalu balik umah sbb umah die sebelah sekolah jer..ha satu lagi kisah najwa.."najwa,kita nak karipap dua yek" dialog ni selalu berbunyi time najwa smpei kelas sbb die jual karipap yang sangat sedap(favourite aku tu)..nak citer pe lagi yek..kelas ni bertambah happening bile time lepas rehat dengan kemasukan sahabat2 dari kelas sebelah(lupa la namanyer) macam azuan,malik n membe diorang sbb deme ni kawan ngan zaidi n kapet..dengar cam tensen jerkan tp percaya la ni la kelas paling best y pernah aku diami..hehehe..
masa f5 ni ader ustazah baru namanyer ust.Nuzulia..(ajar sains) n ramai gak la membe lelaki yang admire kat die(bajet ust nak kat diorg)hehhehe..n masa f5 ni jugak la ustaz zainuddin merajuk kat kitorang kes aku n najah gelak2 n die salah faham..(cam besa la org kata kami ngutuk)banci tul..masa 2 aku n najah kecut coz ustaz kata die x nak tgk muka org y menyakitkan hati die..huhuhu..esoknyer aku,najah n tetiba plak zaidi n kapet (terasa y diorg punya salah kot) pon ponteng sek gak..sedih gak la time tue..masa tu bila nmpk us.zainuddin jer ktrg msti lari..
ktrg ok balik ngan ustaz time gotong-royong sek..time tu aku kena bersihkan sama tempat ngan ustaz so aku trus minta maaf la kat ustaz..huhuhu nasib la die kata ok..(klu x teruk la)..
kelas ni kelas yang terakhir aku diami kat mti ni..so kelas ni paling aku ingat n kenangan kelas ni sentiasa tersemat dalam jiwa aku(aku x jumpa dah kelas gini)..bebudak kelas ni walaupun terdiri dr pelbagai ragam tapi sekarang ni dah berjaya dalam hidup deme..mcm kapet, zaidi dah jadi askar..talha,najwa,akmal,azimah,kayah dah kat mesir..hajar kat indonesia..shahir, ,sayed,najah,nada,naim,farhana,lia,fateh still belajar kat malaysia(ader y tahun akhir dah pon)..fairuz dah jadi cikgu agama..yang lain x dapat dikenal pasti..huhuhuhu
*cerita diatas adalah berdasarkan apa y diingati jer so klu salah ingat or x ingat langsung pasal pape y penting sori la yek...tambah la klu ader y x cukup or betulkan yang x betul..salam
Wednesday, August 26, 2009
POLIGAMI....
ok!! skang ni bukan nak bincang pasal perasaan tapi sesuatu yang lebih penting.......
nak dijadikan cerita semalam aku ader la program public speaking kat kolej n antara tajuk yang sangat hangat adalah poligami..melalui pemerhatian aku la ader yang menerima tetapi hampir 90% dr kaum cina menolak..nak tahu kenapa?? diorang kata "love cannot be divide" ditambah lagi "so how can man married more than one woman and say i can love all of u"...then ada la yang jawab poligami adalah salah satu cara kita melindungi kaum wanita dan mereka yang teranaiya...ader plak yang ajukan soalan "are u married because love or sympathy?" ha!! nak jawab pe plak...
mungkin kita akan kata plak bahawa poligami ni adalah sunnah nabi n jika kita nak berpoligami ada syarat2 yang tertentu..then muncullah satu killer questions "who are u and who nabi muhammad..both u are not same.." perghh..dengan ilmu aku yang sesangat lah kurang ni hanya mampu melihat dan terdiam sambil memikir cara untuk memahamkan mereka2 ni tentang kerelevanan poligami terhadap masa kini....masa tu aku hanya ingat surah an-nisa' ayat 3 yang menyatakan tentang poligami tapi aku x mampu nak luahkan coz memang x tahu nak cakap per?? sdey n sampai skang aku tetap nak cr nak pahamkan diorang tentang poligami tapi nak guna cara termudah bagi diorang paham..maybe guna logik disamping guna jalan agama....sapa nak bantu aku!!!!!!!
Monday, August 24, 2009
puasa jangan buat lupa pulak!!
fenomena lembut...
kadang2 terpikir gak bila masyarakat pinggirkan golongan ni diorang kata plak kita yang sebabkan diorang makin menjadi coz x nak kawan ngan diorang...tapi bila kita melayan diorang ni..rasanyer lagi la menjadi kot..(dah cam menggalakkan)..nak tegur kang muncungnyer 10 batu kot..x pon kita y dilasernyer balik..(hehehehee)..kadang2 diorang rasa yang diorang ni x der batasan ngan pompuan..ni bukan tuduhan tapi realiti sebab dr observasi sy diorang merasakan diorang ni paham sesangat pompuan n prangai pon nak sama so bley la open dlm pergaulan..so jaga2 sahabatku dr kaum hawa..jangan tgk lembut korang pk sume pasal diorang lembut(bahaya tu)
korang klu ader pape nak share pasal kaum lembut ni bley la share...aku pon nak tau gak masalah diorang ni..bley wat tajuk tesis jer..hehehhee
Sunday, August 23, 2009
balik kampung..
Thursday, August 20, 2009
gereja
Monday, August 17, 2009
selamat berpuasa
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
selamat berpuasa kepada semua sahabat dan seluruh umat islam..semoga ramadhan ini dapat membawa seribu sinar untuk kita dan dapat menyucikan segala dosa yang telah dikumpulkan selama setahun..puasa mesti penuh tau kecuali M/C wajib..hehehehe
Saturday, August 15, 2009
ni la MTI
ni bangunan pejabat(bawah) bilik guru(atas).....
ni la tenaga pendidik MTI y x pernah jemu mengajar kami..(sayang ustaz n ustazah)
ni bangunan sek(kelas 5 fiddhah 05)
ni pintu gerbang nak ke sekolah....(rindu la)
ni pintu pagar...(jarang lalu sini)
*bila la nak balik kat sekolah ni ye...rindu sangat kat sek n tempat ni...banyak kenangan..
Friday, August 14, 2009
MTI SENTIASA DIRINDUI
lepas tu bermula la zaman nakalnyer..time f2 plak aku n membe asyik fly(outing tanpa kebenaran)..pastu kena denda..biasa la tu..kenangan f2 yang saya x bley lupa adalah time AHUK x der air n kitorang 1 dorm f2 x mandi n g sek lewat..pastu semua pakai perfume yang sama..banyak plak 2..masuk kelas bdk laki siap tegur lagi kata dak perempuan x mandi n pakai perfume banyak...(lawak tul)..pastu kitorang kena panggil ngan ust. sirhan(x silap la) die tanya ktrg napa dtg lewat skolah pastu die bg perlepasan kat ktrg dan paling menyampahnyer org lain jer y dapat perlepasan dtg lewat n aku x dapat..maybe muka ni dah kena aim kot..huhu..kenangan tol..
time f3 AHUK ditutup..sedey tu..kitorang dak AHUK terpaksa la pindah asrama lain..aku dapat ABNA tp aku x nak g coz kat c2 ramai senior y skema(y baik x nak) so aku minta kat ust.che wa pindah HAJAR..memang best dok hajar..lagi menjadi prangai aku..time tu geng memang dah ader mcm amah,rosni,mala n the geng la..best sangat time tu..asrama x der peraturan so kitorang men wat ape y suka la..kluar tiap2 minggu,,siap g konsert lagi tu..aku x g la..tapi kadang2 sian gak kat mak jang(tuan rumah merangkap warden)..die tu smpe boring nak nasihat kat ktrg...setiap subuh dinding mst kena ketuk suruh bangun subuh lagi x bangun lagi tu la mak jang ketuk..time 2 kitaorg jerit la "dah bangun la mak jang" pas tu kitorang wat2 la jalan sikit so die x ketuk dah la(heheheh)..ha!!(baru tringat) pernah satu ari tu mak jang ngamuk kat kitorg, die campak sampah yang busuk dalam tong sampah kat dalam bilik kitorang sebab kitorang x jaga kebersihan asrama..jenuh la kitorang kemas balik..time tu takut gak tgk mak jang ngamuk coz x penah tgk....hehehe zaman f3 la zaman paling nakal skali.. kes favourite skali time tu ponteng sekolah n fly g taiping..hehehehe.
kat sekolah jangan kira la..selang sehari mesti kena masuk bilik guru..smpei ust.che wa kata "tipu la lia, saya percaya" (punya la nakal) ...masyaallah masa tu x sedar lagi..PMR jangan tanya la dapat pa tp alhamdulillah semua lulus(hehehhee)
time f4 plak asrama HAJAR tutup so skali lagi kitorang merempat..kali ni dapat duduk AHA..kat sini jumpa balik ngan shuhada,akak,along,azizah,naim (SAMAN)..tapi kureng rapat sangat..diorg blok B n blok A..ktrg plak dok kat blok C..time dok aha dah kureng jahat just jarang trun solat jemaah n bawa walkman jer..y lain dah ok sket(dah sedar nak SPM)..tapi masa f4 ni ader gak dugaannyer..masalah ngan us. mat nor..garang nak mampus(time 2 la)..die ajar sains n die ni suke merotan pakai ekor pari n rotan plastik..so bayangkan tangan anda di rotan..sedapkan...
kisah pindah asrama ni x abeh kat f4 jer coz f5 skali lg kena pindah..huhuhu(sdey jer)..sebab y sama coz tutup(nasib kot)...kitrg pindah lak kat asrama ADIK(asrama dewan ibn khaldun) nak tau sebab nama asrama 2 can g2 sebab asrama tu sebenarnyer sebahagian dengan dewan sekolah..biasa la kitorangkan sekolah agama rakyat..asrama 2 sebelah sek jer..tapi nama jer dekat g sek tetap lewat gak..hari2 kena denda..sama jer naim,aku,najah,fairuz..hehehehe..bila dah dekat ngan SPM aku dah stop wat hal n fokus tuk exam..kira dah baik la...tapi kenangan tetap kenangan yang aku xkan lupa..lepas abeh exam aku wat hal balik(last)..hehehhe..aku men mercun tanda dah merdeka..best oo malam 2..kitorang men basikal(klu naim baca mst ingat)..mlm tu lak shahir hantar makanan coz diorg wat barbeku..esoknyer aku balik umah coz mak dah bising suruh balik........selamat TINGGAL MAAHAD AL-TARBIAH AL-ISLAMIAH...banyak mengajar aku erti hidup..
*jangan mare yek kalau nama2 ni disebut..sekadar pembacaan sesama kita jer..itu dulu tapi skang ni kata semua dah berjaya..ader y smbg blajar kat mesir n "U" malaysia pon ramai...semoga kalian diberkati n jangan nakal2 lagi tau!!!
Thursday, August 13, 2009
try this!!
A peck of pickled peppers Peter Piper picked.
If Peter Piper picked a peck of pickled peppers,
Where's the peck of pickled peppers Peter Piper picked?
I wish to wish the wish you wish to wish, but if you wish the wish the witch wishes, I won't wish the wish you wish to wish.
There was a fisherman named Fisher
who fished for some fish in a fissure.
Till a fish with a grin,
pulled the fisherman in.
Now they're fishing the fissure for Fisher.
How much wood could Chuck Woods' woodchuck chuck, if Chuck Woods' woodchuck could and would chuck wood? If Chuck Woods' woodchuck could and would chuck wood, how much wood could and would Chuck Woods' woodchuck chuck? Chuck Woods' woodchuck would chuck, he would, as much as he could, and chuck as much wood as any woodchuck would, if a woodchuck could and would chuck wood.
If you understand, say ""understand"".
If you don't understand, say ""don't understand"".
But if you understand and say ""don't understand"".
how do I understand that you understand. Understand!?
*cuba baca dengan kadar yang perlahan,sederhana dan laju dan trus laju...siapa y boleh??..
rahsia wajahmu
BULU KENING
Bulu kening anda bertemu di tengah?
Jangan ambil pusing hal-hal kecil. Akal anda selalu sibuk dan agak sukar untuk anda bersenang-lenang. Jangan selalu berkecil hati dan sedih.
Bulu kening anda selalu tidak teratur dan liar?
Bulu kening tersebut menggambarkan akal anda agak huru-hara dan tidak biasa. Anda boleh tidak berbudi. Anda boleh melihat segi semua dalam setiap isu yang mana mencampurkan anda dalam banyak pertengkaran. Selepas berkhayal berusia 30-an tahun, akhirnya anda mengatur diri sendiri dan berjaya.
MATA
Mata anda berdekatan satu sama lain?
Anda mempunyai pendekatan hidup sempit dan begitu berkira sangat. Walau bagaimana pun agak kurang sabar, anda boleh menilaikan dunia sekeliling anda dengan tepat dan menggunakan pengetahuan tersebut dengan baik.
Mata anda berjauhan satu sama lain?
Anda seorang penyabar dan berfikiran luas. Walau bagaimana pun, anda mudah ditipu juga dan bila hal berlaku buruk, anda selalu emosi.
Mata anda ke dalam?
Anda berwaspada dan pendiam. Walau bagaimana pun anda agak romantik, anda selalu realistik dalam percintaan. Biasanya anda berjaya setelah 30-an.
Mata anda tersembul?
Anda teguh hati dan egotistik. Anda benci jika anda dipotong oleh orang lain.
HIDUNG
Berada bentuk seperti bola kecil di hujung hidung?
Anda seniman atau seniwati dan anda menghargai mutu dan kecantikkan.
Di hujung hidung anda berbentuk seperti bawang?
Anda merindukan kesejahteraan dan anda menjadi seorang pengumpul.
MULUT
Sudut mulut anda melengkung ke atas walaupun anda tidak tersenyum?
Bererti anda selalu sedia mendengar yang terbaik daripada orang. Anda bersikap positif dan jarang bersendiri.
Mulut anda melengkung ke bawah secara semulajadi?
Anda bersikap mudah putus asa dan anda mencurigai kebanyakan apa yang anda dengar. Anda rasa tidak sangat rasa kecewa karena anda telah menjangkanya dari awal. Kebahagiaan datang agak lewat di hidup anda yang bermula lewat 40-an.
DAGU
Dagu anda runcing?
Anda suka menguasai. Cerdik dan peka dan agak kepala angin. Anda benci menerima perintah tanpa kejelasan kukuh.
Dagu anda lemah?
Anda suka kepada keamanan. Anda lebih suka mengikut perintah daripada memberinya. Anda menghindari konflik walau apa pun terjadi. Bahayanya iaitu kekurangan cita-cita dan tidak bersedia untuk bersara.
TAHI LALAT
Tahi lalat berwarna kemerah-merahan selalu tanda keuntungan, mana saja munculnya.
Tahi lalat gelap lebih sial, khususnya kalau mengubah bentuknya atau besarnya.
Kalau tahi lalat mengubah bentuknya atau besarnya, beritahu doktor anda dan minta nasihat. Boleh ada tanda awal kanser kulit.
Di tepi rambut: Kekayaan.
Di antara bulu kening: Kebijaksanaan.
Di hujung hidung: Kekayaan anda selalu bawah ancaman.
Di bahagian dalaman telinga: Anda berbakat dan panjang umur.
Di pipi sebelah kanan: Kehidupan anda berjaya.
Di pipi sebelah kiri: Anda rajin.
Di setiap pipi: Anda akan berjaya selepas bekerja keras*amaran! hanya untuk pembacaan umum dan jangan terlalu obses untuk percaya..just for fun!!
Menentukan Berat Badan Sesuai
Untuk Perempuan: Berat badan yang sesuai untuk perempuan dengan ketinggian 5 kaki adalah 100 paun. Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 5 paun. Jika anda lebih rendah dari 5 kaki, tolak 5 paun bagi setiap inci di bawah 5 kaki.
Kemudian anda perlu tentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil, sederhana atau besar. Caranya, ukur lilit pergelangan tangan anda. Jika ia berukuran 6 inci, anda mempunyai kerangka sederhana. Jesteru berat badan yang dikira tadi tidak perlu diubah. Jika pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 6 inci, tolak 10% dari berat yang dikira tadi. Jika melebihi 6 inci, tambah 10% kepada berat badan yang dikira.
Untuk Lelaki: Berat badan yang sesuai untuk lelaki dengan ketinggian 5 kaki adalah 106 paun. Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 6 paun. Untuk menentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil, sederhana atau besar, ukur lilit pergelangan tangan anda. Jika ia berukuran 7 inci, anda mempunyai kerangka sederhana dan tidak perlu meminda berat badan sesuai seperti yang telah dikira. Jika pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 7 inci, tolak 10% dari berat yang dikira tadi. Jika melebihi 7 inci, tambah 10% kepada berat badan yang dikira.
OK, sekarang anda telah mengetahui berat badan yang sesuai untuk anda. Satu dari rahsia untuk mendapat kesihatan yang unggul ialah mempunyai berat badan yang sesuai. Jika berat badan anda lebih tinggi dari berat sesuai, lakukanlah senaman untuk membakar lemak yang tidak diperlukan.
Tuesday, August 11, 2009
MTI sentiasa dalam kenangan
nak tahu x perkara first yang saya pikir pada masa tu "ayah x sayang kata ku ker?" tu yang saya fikir..nak tau kenapa? yang pernah sekolah kat situ tau la napa(senyum) sebab sekolah tu buruk ya amat, dengan bangunan yang agak lama dan tangga asrama yang goyang sebab dah lama(asrama kayu). saya masuk kat asrama AHUK.kira semua bdk f1 dok situ..x der katil,tingkap x penuh..nak tau aper ayah pesan "belajar rajin2 dan klu ader pape call je ayah"..ditambah lagi "insyaalah Allah x akan menyusahkan orang yang belajar agama" (maybe ayah paham kot aper y saya fikir)
dalam bulan 1-4 tu saya still budak baik(skema tu)..iron baju kat kelas..sekolah ahad smpe khamis jer.(jumaat n sabtu cuti)..hehehehhehee (senyum)
tapi selepas itu, satu perubahan telah berlaku.........(nak tau ker?)
salah faham
disini bukan saya menempelak atau mengatakan bahawa saya menolak mereka yang menjalankan dakwah kepada sesama muslim agar mereka menutup aurat tetapi bagi saya biarlah caranya betul dan golongan sasar itu tidak meresa diri mereka terhina atau disisihkan. sebaliknya mereka harus didekati dan hendaklah menyelami masalah mereka. mungkin faktor seperti persekitaran atau keluarga menjadi faktor. setipa manusia mempunyai fahaman dan pandangan berbeza jadi hendaklah kita sering mengambil berat tentang insan yang berada disekeliling kita dengan memahami situasi mereka bukan mereka perlu memahami situasi kita..wassalam