saya menulis bukan kerana marah atau dendam tetapi lebih kepada meluahkan apa yang terbuku dihati. disini ingin saya kongsikan pendapat tentang kefahaman saya tentang remaja yang bermasalah. masyarakat sering menuding jari kepada mereka dan sering melabelkan mereka sebagai perosak bangsa dan bermacam tomahan kepada mereka tanpa memikirkan cara untuk membantu mereka untuk kembali ke jalan yang benar. ini juga sering berlaku kepada pelajar universiti terutamanya dari jurusan agama yang berpikiran agak tertutup (dalam bahasa mudah rigid) terhadap sahabat mereka dari satu jurusan yang sama tetapi tidak sesempurna mereka dari segi berpakaian. sebagai contoh tudung yang tidak labuh atau mungkin juga cara pergaulan yang sedikit berbeza dengan mereka yang sering digelar TLC (tudung labuh club) saya petik dari drama bersiri Nurkasih. bagi saya tiada beza mereka yang tidak bertudung labuh atau tidak menutup aurat secara sempurna tetapi mereka hendaklah tahu menjaga batas-batas yang telah sedia ada didalam islam. kepada sahabat-sahabat yang memahami dan mengetahui keadaan mereka yang kurang sempurna sepatutnya membantu dan memberi nasihat bukan sekadar dijadikan topik perbualan.
disini bukan saya menempelak atau mengatakan bahawa saya menolak mereka yang menjalankan dakwah kepada sesama muslim agar mereka menutup aurat tetapi bagi saya biarlah caranya betul dan golongan sasar itu tidak meresa diri mereka terhina atau disisihkan. sebaliknya mereka harus didekati dan hendaklah menyelami masalah mereka. mungkin faktor seperti persekitaran atau keluarga menjadi faktor. setipa manusia mempunyai fahaman dan pandangan berbeza jadi hendaklah kita sering mengambil berat tentang insan yang berada disekeliling kita dengan memahami situasi mereka bukan mereka perlu memahami situasi kita..wassalam
Tuesday, August 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment